PENTING !
Fahami 4 Jenis Kulit Wajah Supaya Senang Untuk Dijaga.
4 JENIS KULIT WAJAH
Secara asas, kita boleh kategorikan kulit wajah kepada 4 jenis iaitu kulit kering, normal, kombinasi dan berminyak.
KULIT KERING
CIRI-CIRI:
- Pori kecil.
- Sedikit atau tiada minyak serta sinar pada permukaan kulit.
- Garis ekspresi wajah mudah terbentuk kalau kulit kita amat kering, especially kat bahagian mata dan mulut. Kiranya mereka yang bermasalah kulit kering ni akan lebih cepat berkedut. So please aware and beware about this dearies!
- Kulit menjadi kasar dan mungkin mengelupas atau merekah.
Kulit kering ni boleh terjadi pada wanita yang tak melindungi kulit dorang daripada unsur di luar rumah seperti terdedah terus kepada pancaran matahari, habuk dan air cond. Bare face saja mereka keluar menghadapi segala unsur-unsur ini. Sepatutnya kulit perlu dilembapkan, pakai sun protector, dan last sekali tutup dan lindunglah kulit wajah anda yang cantik tu dengan foundation atau bedak. Baru lah terlindung sikit kan?
KULIT NORMAL
CIRI-CIRI:
- Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin.
- Mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan.
- Jarang terdapat kecacatan pada wajah.
- Dengan penjagaan yang rapi dari awal, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit sehingga pada peringkat usia yang lanjut.
KULIT KOMBINASI
CIRI-CIRI:
- Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan berminyak di zon T
- Sedikit tanda kekeringan di pipi
KULIT BERMINYAK
CIRI-CIRI:
- Kulit kelihatan berkilat
- Muka mula menjadi beminyak atau melekit kurang dari 3 jam selepas mencuci muka.
- Pori besar dan kasar.
- Lebih mudah ditumbuhi jerawat.
- Pori mudah tersumbat.
- Tak mudah berkedut berbanding dengan jenis kulit kering.
- Jumlah minyak yang banyak di permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.
Anda sudah tahu kulit wajah anda termasuk di dalam kategori yang mana?
Penting untuk anda fahami kulit wajah kerana anda semestinya tidak mahu jika tersalah pilih produk kecantikan yang tidak selari dengan kulit wajah anda.
Itu yang terjadinya kulit muka yang breakout teruk, menggelupas, radang kerana tersalah pilih produk. Elakkan gejala seperti itu terjadi dengan dan pilihlah produk yang sesuai dengan kulit wajah anda. Kami mengesyorkan anda mencuba lotion Ohana yang sesuai untuk semua jenis kulit.
JOM CUBA SEKARANG !





0 Comments